Menyimpan dan Dilindungi

DEMI CINTA



Demi Cinta - Ezad Lazim

Ku sedar ku berdosa
Kerna sering menyakitimu
Membuatkan kau terluka
Berteman rasa kecewa

Walau berdepan derita
Kau selalu terus setia
Dan bertahan demi cinta
Yang pernah ku janji dulu

Besar salahku pada dirimu
Tak terbanding kasih yang kau beri
Dan tetap menggenggam erat cinta

Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu

Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia

Walau berdepan derita
Kau selalu terus setia
Dan bertahan demi cinta
Yang pernah ku janji dulu

Besar salahku pada dirimu
Tak terbanding kasih yang kau beri
Dan tetap menggenggam erat cinta

Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu

Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia

Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu

Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia



-Demicinta #Ezadlazim





Padan Muka




Puas sudah aku menasihatinya supaya tidak terburu-buru membuat keputusan. Risaukan pula dia tidak dapat mengawal diri untuk melalui segala halangan. Tapi, apakan daya jika tiada sebarang kepercayaan terhadap aku. Tidakkah dia perasan bahawa segala kelebihan juga kelemahannya sudah ku famahinya. Pabila sudah jatuh, janganlah pula dia saling menuduh sesama sendiri. Memang sudah terlambat jika dia hendak kesal dengan apa yang sudah terjadi.

Kini. Aku harapkan dia dapat bangun semula untuk menewaskan anak kecil yang degil di dalam hatinya. Memang kali ini aku tidak memandang dia lagi kerana aku inginkan dia berdikari dan pandai menilai diri sendiri sebagaimana pahlawan yang mati ingin hidup semula.

Akhir kata, padan muka.

- Kata ini dituju kepada si kuat berfalsalfah, Namun memakan dirinya sendiri. ( senyum sinis )

Oh, Sempena bulan syawal ini. Secara rasminya aku beraya dengan status Single and available selepas hampir 6 tahun. Aku kepilkan beberapa keping gambar sempena lebaran 2016 ini. 10 tahun dari sekarang, Jika Blog ini masih wujud... Boleh lah aku tunjukkan kepada anak-anak dan bakal cucu cicitku nanti. In sha Allah.



















Makin Hampir...

'Tak pernah terbayang akan menjadi seperti ini pada akhirnyaSemua waktu yang pernah kita lewati bersamanya telah hilang dan sirnaHitam Putih perluJanji kita menungguTapi kita tak mampuSeribu satu cara kita lewati ntuk dapati semua jawaban ini
Bila memang harus berpisahAku akan tetap setiaBila memang ini ujungnyaKau kan tetap ada di dalam jiwaTak bisa tuk teruskanDunia kita berbedaBila memang ini ujung nyaKau kan tetap ada di dalam jiwa
Memang tak mudah tapi ku tetap menjalani kosong nya hatibuanglah mimpi kita yang pernah terjadi tersimpan tuk jadi history
Hitam putih berlaluJanji kita menungguTapi kita tak mampuSeribu satu cara kita lewati tuk dapati semua jawaban ini '
Beberapa hari ini, lagu NYANYIAN isyana sarasvti bertajuk TETAP DALAM JIWA sentiasa bermain di dalam hati, bibir dan fikiran aku.
Mungkin tahun lepas aku suka lagu ini, dan lagu ini menjelma semula pada tahun ini. Boleh la menyanyi sambil-sambil nak hilangkan rasa gelabah semata nak cepat selesaikan urusan majlis yang bakal menjelang. Haha ! ( Aku agak kalut kalau dah serabut )
Sumpah, masa berlalu bergitu pantas! Terasa macam baru semalam aku menamatkan zaman persekolahan aku. Macam-macam dugaan yang aku dah hadap sepanjang bergelar seorang gadis bujang. Melalui semua dugaan dan ujian di alam pekerjaan, konflik demi konflik... Tangisan airmata, tangisan kegembiraan, senyum, marah, ketawa, rajuk, cinta, rindu. Ahh ! pelbagai rasa sudah aku lalui.
Dan dalam menghitung hari ini, Aku akan menempuh lagi ke fasa yang agak besar bagi aku, Iaitu alam perkahwinan. Alam yang aku tidak dapat bayangkan macam mana lah aku akan hidup dengan seorang lelaki yang bergelar SUAMI, Lelaki yang aku tidak pernah terbayang dia lah jodoh aku. Segala tiket ke syurga aku ada pada dia. 
Biarlah tempoh yang ada ini, Aku berbahagia dan sentiasa gembira bersama keluarga aku... sahabat handai aku sebagai status gadis bujang. * Nak nangis.. sob... sob... sob...
Baru duk hitung hari pun macam-macam rasa buat nak nangis, apatah lagi masa hari bersejarah aku. Ya Allah... kuatkan lah hati aku pada saat itu. tak nak nangis... walaupun tangisan itu aku tak reti nak describe macam mana.

Aku just mampu mendoakan agar apa yang kami rancang ini di permudahkan oleh ALLAH S.W.T , kerana kini segala jalan menuju ke arah membina masjid kami amat di permudahkan, Syukur Ya Allah.... Cantiknya aturanMU Ya Allah... :')

Ya Allah, kau berikanlah aku ketenangan hati, jauhilah kami semua dari segala godaan syaitan. Permudahkan lah jalan kami ini Ya Allah... Sesungguhnya, Kau adalah sebaik-baik perancang. Aku amat berterima kasih kepadaMU Ya Allah.Sungguh, cantik sungguh aturan MU *Kesat airmata, nangis juga. sob sob sob...

Sabar lah wahai HANA, Bilanglah harimu dengan senyuman manis dan doa tulus.
Selamat berpuasa kepada seluruh umat muslim dan muslimat.Jangan ponteng puasa k. 

#Puasakuyangterakhir #GadisBujang #RayaKuTerakhir #TakBalikKedahTahunIni #Countingtheday #AssalamualaikumCinta #JodohkuSuamiku #2017NewLife #Goodbye2016 #HelloMrHusband #Fortherestofmylife

Gadis Tiga Bulan




Aku dekati kamu
Lalu ungkapkan perasaan
Tapi apa jawabmu
Tunggu tiga bulan

Telah lama aku mencintaimu
Dan kamu tahu tahu tahu itu
Tapi tetap saja ku harus menunggu

Mengapa kau gantung gantung perasaan
Saat aku mulai sangat sangat perasan
Demi kekuatan tuk aku buktikan
Justeru kau suruh aku menunggu tiga bulan
Sampai hati kau biarkan ku tersia-sia
Dengan perasaan yang tak menentu arahnya
Ai...Aku tak mau seperti mengemis cinta darimu

Aku dekati kamu
Lalu ungkapkan perasaan
Tapi apa jawabmu
Tunggu tiga bulan

Telah lama aku mencintaimu
Dan kamu tahu tahu tahu itu
Tapi tetap saja ku harus menunggu

Mengapa kau gantung gantung perasaan
Saat aku mulai sangat sangat perasan
Demi kekuatan tuk aku buktikan
Justeru kau suruh aku menunggu tiga bulan
Sampai hati kau biarkan ku tersia-sia
Dengan perasaan yang tak menentu arahnya
Ai...Aku tak mau seperti mengemis cinta darimu

Mengapa kau gantung gantung perasaan
Saat aku mulai sangat sangat perasan
Demi kekuatan tuk aku buktikan
Justeru kau suruh aku menunggu tiga bulan
Sampai hati kau biarkan ku tersia-sia
Dengan perasaan yang tak menentu arahnya
Ai...Aku tak mau seperti mengemis cinta darimu

Kau gadis, kau gadis tiga bulan
Demi memberi jawapan
Padahal cintaku bukanlah cinta semalam


p/s: Maafkan aku kerana janji 3 bulan itu. Kerana aku sukar menerima cinta. Percayalah... Memahami hati seorang perempuan itu, Lebih sukar dari cuba memilikinya. Aku juga sekadar banduan cinta, Oleh itu jangan cuba terlalu meletakkan sebuah harapan yang terlalu tinggi untuk hidup bersama aku . Ingat, aku hanyalah manusia biasa yang masih banyak perlu aku kejarkan demi mencapai impian dan cita aku. Sekian...




Salam dari Gadis Tiga Bulan.



#PencuriHati #DiaSemanisHoney #GadisTigaBulan #AliffSatar


Siapa kah " Dia" ? Terima Kasih

3.26 Pagi

" Adik, tutup pintu ( rumah ) tu ! Along rasa tak sedap hati. Along tak nak keluar rumah hari ini !"

Adik terpinga-pinga, persoalkan. Kenapa  ?  Kenapa ?

Aku malas berlengah, aku terus selak pintu rumah aku. Aku takutkan sesuatu, tapi aku tidak pasti apakah itu.

Aku dan adik ( Linda ) masuk ke dalam bilik. Baring atas katil, kelubung badan dengan cadar tebal. Takut. Tak mahu keluar rumah hari ini.

Baring atas katil, Aku masih takutkan akan " sesuatu " dan " sesuatu " itu sedang berdiri di tengah pintu bilik bilik. Bercahaya. Tak nampak, tapi merasa. Ya.
" sesuatu " sedang melihat ke arah kami berdua.

Adik mula merasainya, takut. Kami kelubung bersama di bawah cadar tebal itu. Niat hati nak lari ke bilik mama dan tidur bersama untuk hilangkan rasa takut. Oh, mama sedang lena bersama seekor kucing peliharaan kami. Kami lari semula ke dalam bilik. Baring. Dan....

" kau ini kenapa ?" Suara lelaki yang parau, lantang, bergema mengisi ruang bilik kami berdua, tetapi tenang. Tiba- tiba terasa " Dia " ada di belakang aku. Ya. Aku baring membelakangkan pintu bilik. Dan suara besar itu datang dari belakang aku. Badan aku kaku, suara terasa berat untuk keluar dari mulut aku. Seolah dada aku di hempap oleh sebuah batu yang besar dan berat. Aku hanya mampu menjerit dengan suara hati.

Suara itu bercakap tanpa berhenti.

" Kau ini kenapa ? Apa yang kau cari ?"
Aku sedang berusaha untuk mengerakkan tubuh aku. Hati aku bersuara " Jika suara itu adalah iblis dan syaitan, Moga Allah sedarkan aku. " aku baca Ayat kursi. Entah kenapa aku lupa ayat hujungnya. Aku terus membaca surah Qul berulang kali.

Suara itu " Surah apakah kau baca ? Kenapa kau baca surah itu ? Adakah kau mengikuti ajaran dan sunnah Rasullullah S.A.W ? Cari lah semula diri kau. "

Aku sebolehnya tidak mahu mendengar suara itu. Bagi aku, suara itu mengerunkan. Dan aku mula pasrah dan cuba tenang bila dia berkata " Ikutlah sunnah Rasullullah, Ingatlah Tuhanmu sentiasa. Walau di dalam rumah, jaga lah pakaianmu. Apa kau ingin menjadi seorang pelacur ?" Loghat hujung dia seolah bahasa yang pekat. " CUR " dia macam indonesia pekatnya.

Aku hanya mampu istighfar dengan susah payah. Sumpah, Kau tidak mampu berkata-kata walau banyak yang kau ingin perkatakan. Aku istighfar sebanyak yang mungkin. Walau tubuh badan aku masih kaku, melainkan biji mata ku sahaja bergerak memandang adik aku yang sedang lena. Aku tidak boleh bergerak!

Suara itu " Cari semula diri kau, Kalau kau rasa lemah, kalau kau mula rasa tak berdaya. Ingatlah aku. Jangan risau ! Aku akan datang lagi "

Aku mula mengerakkan tangan kanan aku, walau agak berat. Cuba kejutkan adik aku. Sambil aku membalas kata Suara itu " Kau siapa? Bantu aku untuk aku taubat nasuha. Taubat sesungguhnya "  Aku merayu pada suara itu, aku menangis. Suara aku bergetar. Suara itu membalas
" Ingat lah aku, Aku akan datang lagi "

Saat itu, kaki aku terasa seram sejuk. Terasa seperti satu tamparan halus angin di kaki aku. Suara itu sudah tiada ! Dada aku masih sakit, sesak. Aku menoleh, cuba mencari siapakah gerangan SUARA itu. SUARA yang menjelma dalam masa setengah jam aku melelapkan mata. Dalam samar, aku bangun dan petik suis lampu. Lampu seakan tidak mahu menyala. Samar, hanya bunyi mentol buzzer. Aku duduk di atas katil. Aku istighfar sambil mata aku berkeliaran memandang setiap pelosok bilik. Ah ! Lampu, cepatlah kau terbuka.

Tik !

Bilik terang, Aku lantas membangunkan adik aku. Aku masih terasa penat. Aku menceritakan apa mimpi aku 30 minit tadi. Tetapi, aku yakin.  " Suara " itu memang wujud dan bukanlah suatu mimpi. Kerana mata aku memang terbuka. Tetapi, suara aku terlalu berat untuk berkata-kata. Tubuh badan, seperti di kunci.

Adakah ini pertanda sebenar, Hidayah aku sudah tiba. Moga aku jumpa insan yang mampu membimbing aku ke jalanNya. Aku sudah merasai detik tadi. Dan aku tidak dapat membayangkan bagaimana detik kematian tiba. Mampu kah aku mengucapkan dua kalimah shahadah. Allah... :'(

Kuatkan lah hati aku, teguhkanlah iman ku. Bantu aku di kala aku masih mencari cintaMU Ya Allah. Terima Kasih , Hadirkan " Dia " untuk menasihatiku. Segalanya adalah dengan IzinMU. Alhamdulillah.... :')


P/ S : Mak kata " Risau saka, Kalau jin islam. Kita baca ayat suci. Dia takkan lari. Jin kafir, Baca ayat kursi. Dia tak senag duduk "

Gurauan Berkasih.

Usik mengusik, semakin lama menjadi rindu
Hati merindu, asyik merindu
Tersentuh rasa, tidak terduga timbullah sayang
Andai tak jumpa, menjadi dendam

Gurau gurauan masih terasa dalam bayangan
Setiap detik ingin bersama memadu kasih
Apakah hati dah gila bayang
Merindu kasih, darimu sayang

Andai kata rajuk dihati
Jangan sampai merosak cinta
Andai payah merawat rindu
Hadirlah hadirlah sayang

Rindu dendam bisa terubat
Andai sudah bertentang mata
Pasti kasih berpadu
Terlerai rindu di hati

Indah dirasa
Waktu berkasih
Kita saling merayu
Merindu di angin lalu

Ingin ku sentuh hatimu sayang dalam rinduku
Moga kau tahu hebatnya cinta di hati ini
Sekian lama, memendam cinta
Payah ku rasa menyeksa jiwa

Gelora cinta mengkhayal rasa dalam angan ku
Setiap waktu hanya namamu mekar di kalbu

Sayang menyayang ceria rasa
Antara kita tersimpul kasih

#gurauanberkasih
#memoriberkasih #diasemanishoney #klhujan #PencuriHati #Balingbelakang #Remis #Friend&Friendship #redah #beachlover #foodlover


Im Superwoman !

Aku tidak kenal dia
Tetapi, Kuasa apa yang ada pada aku ?
Hingga dia menyibukkan dirinya untuk ambil tahu hal aku.

Hal aku, Hal aku.
Hal engkau, Bukan hal aku ~ Bukan hal aku ~

Eh ! Ternyanyi pula

Mengertilah walau aku tak ambil pusing pun sama ada kau mahu mengerti atau tidak.

Aku sedang melangkah jauh, bukan merangkak... Tetapi berlari.

Jadi, aku mohon... Jauhkan diri kau yang
" berbau " itu dari aku.

Kau tidak pernah aku alu-alukan.

Oh !
Bahagia itu semakin mendekat, dekat dan dekat.

Capai bahagia tak susah.
Capai kejayaan tak mudah.

Cuma, Pegang perkataan yang satu ini.

" Jangan Pernah Ada Perasaan Mengalah Dalam Diri. "

Petua azimat.

Sekian.

Ku Rela Di Benci

*Gambar sekadar hiasan



Ku ketawa kau menangis 
Engkau tertawa aku menangis 
Hanya dirimu oh sayangku 
Kesudahan tiada henti
Hanya yang tinggal igauan mimpimu ternanti-nanti 
Sering kali aku diuji 
Air mataku terus mengalir membasahi didadaku
Hanya ratapan didalam hati 
Moga tercipta kesudahan yang dinanti
Ku inginku dibenci oleh mu
Agar kenangan manis terus terpadam selamanya
Menghitung menunggu mati 
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu
Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya disana kekal dan abadi



Pencuri Hati

Maafkan Saya.



Awak
Maafkan saya sebab sakitkan hati awak
Maafkan saya sebab tak jaga perasaan awak
Maafkan saya sebab tak memahami awak
Maafkan saya sebab tak mampu menjadi 'kekasih' yang mampu bahagiakan awak
Maafkan saya sebab menjadi 'kekasih' yang tak sempurna untuk awak
Maafkan saya sebab  sebab tak mampu menjadi ' kekasih' yang terbaik untuk awak
Maafkan saya sebab sudah buat awak sedih.
Maafkan saya sebab  selalu menguris perasaan awak
Maafkan saya sebab tidak tahu untuk menilai diri awak
Maafkan saya jika saya telah membuat awak menangis dengan perangai saya
Maafkan saya sebab buat awak kecil hati awak
Maafkan saya sebab awak terlalu baik dengan saya walaupun saya selalu sakitkan hati awak

Awak, maafkan saya sekali lagi
Ingatlah yang saya takkan pernah benci awak
Tak pernah sedikit pun untuk berdendam dengan awak
Saya tak pernah lupa doakan kebahagiaan awak
Terima kasih untuk semuanya awak
Untuk suka dan duka ini



Awak, maakan saya sebab mencintai awak
Saya minta maaf sebab menyayangi awak
Saya minta maaf sebab merindui awak
Saya minta maaf jika saya tidak layak menjadi teman hidup awak
Semoga dengan apa yang terjadi ini akan mendewasakan kita


Awak, maafkan saya ya.

Menyintai tidak semestinya memiliki :)

Maaf, Aku Bukan Untuk Kau

Aku terpaku
Fikiran ku kosong
Entah kemana melayang
Sakit dada menyesak
Sabar lah, belum jam 2 pagi lagi
Bertahan ya.

Mata dan gerak hati terpandang seseorang
Dan dia juga sedang memandangku
Terpaku, sekali lagi.
Mahu senyum kah ? atau diamkan diri sahaja ?

Senyum.
Dia senyum.
Aku membalas senyuman itu

Ya, aku rindukan suaranya
Jenakanya dan...

'Hana..'
Rasa nak meletup jantung tatkala dia memanggil namaku.
Matanya redup, hidung mancung terletak.
Rambut seakan kamal adli, rambut lurus jatuh sedikit di atas dahi.
sweater kelabu, bertubuh tinggi.

Rindu...
Rindu dalam diam
Dia pernah meluah perasaan,
Aku pula memendam perasaan.

Maaf,Bukan aku benci menerima cinta
Bukan aku tidak sukakan kau.

Cuma,Aku sedang belajar untuk memilih
Memilih yang menjaga agama, bertanggungjawab dan jujur.

Maaf, aku tidak boleh berborak panjang dengan kau.
Sakit dada aku datang kembali.
Nafas pendek terasa lelah.

Maaf.

Selamat jalan, Pergi lah kau membawa rindu dan rasa sukaku dalam diam.


Menyintai tak semestinya memiliki. ingat tu. :)


Selamat malam...


#PencuriHati



Luluh




Sudah puas aku menangis lagi
Kau hadirkan mendung awan yang kelam
Namun ku kan tetap bisa bertahan

Secebis kasih yang telah kau beri
Kan ku simpan dalam memori indah
Tapi... semuanya telah berakhir

Aku tersungkur menunduk meraung
Dan tiada siapa bisa merasakan
Oh sakitnya..... hati ini

Jika kau tak mampu memberiku senyum
Usah kau hadirkan dengan kedukaan
Oh biarlah.... hidupku dengan caraku

Sedia menghadapi yang akan tiba
Takkan berundur walau seketika
Aku.... terus berjalan mencari sinar baru



P/S: Suka dengan lagu ni, sebab lirik dia seakan kisah aku. :)











Surat Tidak Rasmi Buat Jodoh ku...

Encik Jodoh B. Takdir....
Surat Tidak Rasmi Untuk Awak.
ENCIK JODOH BIN TAKDIR
No:26, Jalan Hati-hati,
Taman Kembang Kuncup,
Negara Temu Jodoh.

19 April 2016.

Assalamualaikum, Bakal Jodoh...

Apa khabar jodohku? Awak baik-baik je kan ? saya kat sini tak dapat lelapkan mata. Jadi apa salahnya saya tulis surat ini untuk awak, Walaupun saya tahu samada saya perlu layangkan surat ini di awan biru atau layarkan ke lautan biru dengan harapan satu hari nanti isinya sampai kepada awak.
 
Awak, ini mengenai soal hati... tapi apa yang saya impikan di pengakhiran hari-hari tua nanti, saya mahu bersama-sama awak menghabiskan masa bersama... ada wajah awak.. .ada gelak tawa awak... senda gurau awak... pasti bahagia kan awak ?


Jodohku... saya rindu awak... bila kita akan bertemu ? begitu banyak pekara yang ingin saya ceritakan kepada awak... begitu banyak pula harapan saya untuk nantikan nasihat-nasihat awak. Hati ini ada ruang kosong buat awak, Dan hati ini tak sabar menanti kehadiran awak yang akan membalut dan menyembuhkan luka dihati saya.

Sayang, bersiaplah awak untuk mencintai saya secara tulus dan mahu menerima segala kekurangan saya. Sentiasa bersama saya dikala saya kesusahan dan kesedihan... jangan merasa sepi kerana saya disini masih menanti dengan penuh kesabaran... saya yakin awak adalah orang yang penyabar.. :)

Jodohku, jujur saya sangat rindukan awak...
Tapi saat ini belum masanya kita bertemu... kerana perjalanan kita masih panjang dan masih banyak sesuatu yang harus saya lakukan... tapi saya akui... saya sangat takut untuk menyayangi seseorang itu jika dia bukanlah jodoh saya... cukuplah sekali.. hati ini terluka.. kerana saya tidak sanggup menanggung kekecewaan itu...

Ingatlah sayang.. saya selalu ada untuk awak... untuk itu jangan pernah awak merasa sendiri dan sepi... semoga kerinduan ini akan terjawab... seiring berjalannya waktu...
salam hormat dan sayang saya buat awak.

Semoga Allah memberkati dan meredhai kita berdua...
 
In sha Allah...


Yang Menanti,
tulang rusuk awak^_^
-Cinta dan kehidupan itu terlalu berharga untuk di hancurkan-









Menghitung Detik - Part 1

Petang itu, Dia telah menerima sebuah keputusan yang memeranjatkan.
Masa terasa seakan terhenti.
Dunia berhenti berputar seketika
Otak tidak dapat di cerna bait² surat itu
Antara gelisah, Kusut, sayang dan takut.
Semua itu bagaikan menu masakan.
Masakan yang penuh dengan pelbagai bahan demi 1 rasa.
Kaki longlai melangkah keluar dari bangunan putih itu.
Dia seakan robot yang tidak di akses sebarang maklumat lagi. Masih bayi.
Kosong. Kosong. Kosong
Dia mengukirkan senyuman paling manis, masih berjenaka seperti biasa demi menutup sebuah kekusutan di hatinya.
Dia sayangkan keluarga dan kekasih yang menerima sikapnya.
Suatu malam, Batuk kuat menyerang.
Hingga menyebabkan muntah meledak keluar dari isi perut dia. 
Perut seakan di pam oleh paip besar, tidak memberi peluang dia untuk bernafas sesaat.
Bluerkk ! Bluerkk!
Selang 2 jam, itu lah rutinnya setiap pagi.
Demam menyerang seluruh anggota dia.
Perut pedih menusuk.
Dia redha, Tetapi dia inginkan sekelumit kebahagiaan.
Kebahagiaan bersama kekasihnya yang di cintai di dalam diam.
Masa demi masa, hari berganti hari, bulan berganti bulan.
Setelah sekian lama, masa yang pantas berlalu. Terasa ingin di hentikan masa itu.
Pagi subuh, Sering dia di sapa oleh rambutnya.
Dia mengutip helaian demi helaian rambutnya yang berselerak.
Di bantal tidur, lantai, katil. Bertebangan.
Oh. Rambut dia rupanya.
Di kumpul rambutnya
Sedikit demi sedikit.
Di sembunyikan rambut itu di suatu tempat.
Saban hari, itu lah rutinnya.
Semakin hari, rambut itu seakan boleh di jadikan menjahit sepasang busana raya.
Di suatu petang.
Dia lelah pulang dari lubuk rezeki dia.
Tudung di buka, Di gantung.
Di bukanya ikatan rambutnya.
Kira², lebih dah 50 helai rambutnya cantik melekap pada getah ikatan rambut dia.
Panjang, cantik gugurnya.
Sayangnya, Kenapa bergitu.
Semakin hari , semakin dekat ajal itu
Semakin galak rambutnya menjadi tamu tidak kira masa.
Di elusnya rambut dia.
Terasa sedikit, dan kurang lebatnya.
Sambil tersenyum, dia berkata
" Allah sayang aku, Syurga tidak murah. Harus aku kuatkan iman ku keranaMU yYa Allah "
Detik kian berlalu.
Dia tidak sabar menghitung hari terakhirnya.
Hari dia mengakhiri segala perit, suka dan duka.
Sabar lah wahai hati..
Sabarlah wahai Januari, Nanti kan dia .
Dia hanya perlukan sekelumit bahagia.
Bahagiakan lah dia.
Hayatilah ini :-
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Rindu Dan Penantian

4.49 Pagi
Taman Maluri, Cheras

Assalamualaikum...

Rindu.
Saban hari, lenaku di datangi seorang lelaki. Ya, Lelaki yang ku kira kenal tetapi tidak ku kenal sama sekali.
Kali ini aku tidak dapat melelapkan mata.
Rindu ini kuat  untuk bertemunya lagi di alam mimpi.
Ah ! Rindu ini sakit bila merindui insan yang entah di mana di kini, namanya apa?
Mungkin kerana " Dia " memberikan kehidupan yang indah kepada ku di alam mimpi. Ya, indah. Bahagia walau ada duka

Penantian, suatu penyiksaan.
Tatkala hati ini di biar kosong,
Penantian itu sering menjerit di sudut hati
" Sabar menanti! Sebuah bahagia bakal menjelma ! Bersedialah kau Hana !"
Aku tersenyum dan aura itu buat hati ku berbunga-bunga seperti bunga kesukaanku.

Apa aku menanti?
Menanti sebuah bahagia,
Menanti aku akan pergi dengan selautan keimanan dan bersedia mengadap Yang Maha Esa di sana.

Dan, Ya !
Penantian si " dia ", Pencuri hati dalam diam.

Buat awak si Pencuri Hati yang sering menjadi pari-pari cinta dalam mimpi saya, seorang pari-pari mimpi ini. Saya berharap awak akan munculkan diri. Kerana, Saya telah sediakan tempat kosong di dalam ruang hati saya untuk awak.

Maaf, Buat tika ini hati saya dalam renovation terakhir.
Saya tak mahu awak melihat hati saya berselirat dengan wayar kedukaan serta airmata kelukaan.

Hati baru untuk awak saya serahkan, demi mencipta kebahagiaan yang baru bersama awak wahai si Pencuri Hati.

In sha Allah... moga kita mempunyai matlamat yang sama.

Iaitu...

CINTA DAN KASIH KERANA ALLAH S.W.T, HIDUP MATI KITA ADALAH KERANA SYURGA YANG TELAH DI JANJIKAN OLEH YANG MAHA BERKUASA.

In sha Allah....



Aku akan sentiasa merindui mu dalam penantianku ini.

Assalamualaikum, Pencuri Hati😊

Kusut Dan Bahagia !




"Ya Allah, I know it's your plan. Just help me through it."




Cara untuk atasi overthinking ialah Sangka Baik Sangka Baik Sangka Baik Dengan berbaik sangka dunia lebih bahagia!

Kbye !


OH, JODOH !

WANITA - TULANG RUSUK YANG BENGKOK 

Walaupun hakikatnya bahtera rumah tangga itu sepatutnya dikemudikan oleh si suami namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita yang lebih sensitif mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang lebih banyak bersabar, menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerenah suami yang kadang kala membosankan. Wanita sepatutnya berbangga dengan kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok. 
Nabi bersabda, wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah ia kekal selama-lamanya. Lantaran itu andai si suami ingin memberi nasihat, hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang bengkok itu akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah patah atau pecah. Misalnya jika isteri pemarah, membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia cubaan yang amat kecil. Allah berfirman, "Apa yang kamu tidak suka, itu adalah yang terbaik untuk kamu." Namun dengan perkembangan hari ini, nampaknya dunia sudah terbalik, si lelaki pula nampak gayanya banyak yang bengkok, selarnya. 


CINTA DAHULU SEBELUM KAHWIN? 

Memang ramai yang membincangkan dua perkara ini sama ada cinta dahulu sebelum berkahwin atau berkahwin dahulu baru bercinta. Ada orang bercinta lama, selepas kahwin berasa jemu pula. Mulanya pasangan masing-masing buat perangai. Ada pula sarankan, lepas kahwin baru bercinta, mereka dakwa pula lepas kahwin baru pecah tembelang pasangan masing-masing. Maknanya, tidak ada kaedah khusus, ia bergantung kepada jodoh masing-masing, dedahnya. 

Beliau menambah, "Contohnya pasangan orang tua dahulu. Masing-masing tidak kenal tetapi keluarga aturkan perkahwinan. Lepas kahwin kita lihat mereka kekal sampai berpuluh-puluh tahun dan orang tua-tua dakwa cara begitu lebih baik. Sebenarnya itu bukan formula tetapi kebetulan. Maklumlah tinggal di kampung, pergaulan bukanlah seluas atau semoden golongan yang tinggal di bandar. Jika berlaku pergaduhan, si suami tidak sampai hati menceraikan isteri, begitu juga si isteri jika minta cerai pun ke mana diri hendak dibawa?" soalnya. 

Sambungnya lagi, kedamaian hidup berumah tangga mesti dicatur sejak diawal perkenalan. "Mesti diselidik latar belakang pasangan kala peringkat pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria yang dianjurkan oleh Islam, insya Allah akan ada kerukunan dalam perkahwinan. Namun jangan tersilap memilih, konon berkenan pasangan yang kuat agamanya. Kita hendaklah memandang dengan pandangan yang luas, bukan setakat sembahyang, puasa atau berzakat sahaja yang patut diambil kira. Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai peribadi seseorang. Misalnya kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau tingkah laku pasangan. Kadang kala perangai lelaki membosankan dan tidak kurang ada yang menyejukkan, jika kita terima daripada awal maka redhalah sehingga akhirnya, kerana itulah suami atau isteri kita yang sebenar-benarnya. 

LEPAS KAHWIN TERBONGKAR RAHSIA 

Ditanya bagaimana mahu membelai cinta seandainya selepas berkahwin baru terbongkar rahsia keburukan pasangan, beliau mengulas. Memang sukar menelah kebaikan individu meskipun seseorang itu taat kepada ibadatnya. Pernah suatu ketika seorang lelaki menemui Saidina Omar dan berkata, bahawa dia telah memilih seorang lelaki untuk menjadi saksi. Lantas Saidina Omar bertanya, "Apakah engkau kenal lelaki itu?" Pemuda itu menjawab, "Tidak ya amirul mukmimin." Saidina Omar bertanya lagi. "Apakah engkau pernah bermusafir dengannya?" Orang itu jawab, "Tidak pernah," Bertanya lagi Saidina Omar, "Apakah engkau pernah berjiran dengannya? Orang itu menjawab,'Tidak pernah.' Lantas ditanya Omar lagi, "Macam mana engkau kenal dia? Dijawab si pemuda. Saya selalu tengok dia sembahyang maka yakinlah dia memang baik.' Omar berkata, “Engkau pergi dan selidiki lagi kerana engkau sebenarnya belum betul kenal kepadanya." Daripada kisah yang diriwayatkan maknanya, sekadar tengok seseorang sembahyang, berulang alik ke masjid atau membaca al-Quran belum bererti kita tahu perangai yang sebenar. "Seeloknya ajak dia bermusafir, baru tahu kedekut atau tidak. Berjiran dengannya, baru tahu perangai peribadi, dan jika berniaga bersama-samanya baru tahu amanah atau sebaliknya diri seseorang. Jika sudah kenal hati budinya barulah boleh dia dijadikan kawan atau saksi. Begitu juga apabila mencari pasangan, selidik dahulu latar belakang dan nilai peribadinya. Caranya dengan menghantar wakil atau orang tengah yang boleh diharapkan," sarannya. 

Namun tidak dinafikan, apabila suami berubah sikap misalnya tidak lagi mesra seperti dahulu, tidak mahu bergurau senda apatah lagi memupuk kasih dan sayang si isteri akan makan hati dan menderita. Namun jangan sesekali dibiarkan sehingga meresap ke dalam hati dan perasaan yang akhirnya menjadi kebiasaan. Apabila suami buat perangai, cepat-cepat ditegur. Supaya dia segera sedar yang perbuatannya itu salah. Jika isteri terlalu sabar dan redha dibimbangi akan meresap ke dalam hati dan menjadi kesedapan kepadanya. Memang kenyataannya apabila menegur atau melembutkan hati suami, mereka akan lebih keras dan kasar. Gelagat perubahan ini lebih ketara apabila si suami sudah mula senang sedikit. Balik lewat malam, bersenang-senang dan makan-makan dengan teman-teman atau pergi berpoya-poya. Sebab itu dikatakan orang, wang sahaja membawa kebahagiaan tetapi mengheret kepada kecelakaan. "Cara untuk mengatasi masalah suami yang berubah hati, si isteri tidak boleh membentak. Kerana lelaki yang berperangai begini, hatinya sudah keras. Si isteri mesti menggunakan pendekatan dengan cara yang paling lembut sehingga mereka sedar. 

"Tidak dinafikan apabila si isteri berlembut, perangai suami semakin menjadi-jadi. Bagaimanapun cuba kita fikirkan, kalau membentak akan timbul pula permusuhan yang berpanjangan. Silap hari bulan, si suami memukul atau mendera si isteri. Diam isteri bukan bererti redha dan bersetuju dengan perangainya cuma sekasar mana pun lelaki, namun jauh disudut hati pasti mempunyai belas. Kasihan dengan si isteri yang cukup tenang, sabar dengan perangainya yang buruk," ujarnya. 

Tambahnya lagi, "Ada masanya suami mesti disentak dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Misalnya seorang isteri yang sebelum ini banyak cakap tiba-tiba mogok. Lepas masak diam, lepas makan diam, hendak tidur pun diam, maknanya perangainya berubah menjadi pendiam. Mungkin dengan cara itu dia mampu meluahkan perasaannya daripada marah tidak tentu pasal kemudian dicop suami, dia derhaka. "Seperti kisah seorang pemuda yang menyatakan hasrat mahu berkahwin tetapi dihalang oleh emaknya. Jadi dia mogok, kalau melawan, bimbang menderhaka kepada orang tua dan dia takut masuk ke dalam api neraka. Lantas dia diam sahaja sepanjang masa. Tidak makan, tidak minum, tidak tidur, sembahyang sahaja yang dilakukan. Lama-kelamaan ibunya bertanya, “Engkau sakit ke, asyik diam aja." Si anak menggelengkan kepala. Oleh sebab emak sayangkan anak, lantas disuruhnya si anak berkahwin. Barulah si anak bersemangat dan bahagia. Dalam kes ini si anak terselamat, tidak menderhaka kepada ibunya dan dapat pula berkahwin," ceritanya. 

TEGUR CARA BERHIKMAH 

Ismail Kamus menambah, jika sukar atau tidak sampai hati menegur suami yang buat perangai, gunakan orang tengah. "Memang susah mencari yang boleh dipercayai tetapi itulah cabaran yang mesti dihadapi. Bagaimanapun cara penyampaian orang tengah itu biar betul dan kena caranya sehingga suami tidak menyalahkan si isteri. "Selain memberi nasihat, isteri hendaklah mohon kepada Allah dan bermunajat kepada-Nya tanpa jemu. Di samping itu bacalah surah Ali-Imran, ayat 83 yang maksudnya: 

"Apakah selain daripada agama Allah mereka cari, dan baginya, menyerahlah sesiapa yang di langit dan yang di bumi, secara sukarela dan terpaksa dan kepadanya jua mereka dikembalikan." 

"Ayat ini hendaklah dibaca sebanyak 1,000 kali sehari. Apabila hendak digunakan baca tiga kali dan tiup kepada orang yang berkenaan atau ditiupkan ke dalam air untuk diminum oleh orang tersebut. Mudah-mudahan, berkat doa dan air itu akan lembut hatinya." Menjawab persoalan, bagaimana membelai cinta jika si suami asyik panas baran beliau menjelaskan. Apabila suami baran, isteri kena sabar dan redha kerana itulah suami kita. Orang yang baran sebenarnya ada masalah. Jiwanya sakit tenat dan perlu diubati. Perhatikan di mana kelemahan suami dan cari punca kenapa dia marah. Kemudian kita cari jalan supaya dia tidak marah. Umpamanya kalau isteri lambat masak, suami akan marah, jadi si isteri hendaklah menyegerakan memasak. Ataupun setiap kali balik kerumah, suami mesti hendak minum, jadi cari jalan cepat-cepat sediakan minuman. Ertinya kita hendaklah menutup segala punca kemarahan suami dan lama-kelamaan penyakitnya akan reda. 

Kalau dia yang menyalakan api kemarahan, isteri hendaklah mendiam diri. Jangan sesekali marah kerana marah itu bukan milik kita tetapi haknya. Jika kita tentang kemarahannya, ia akan lebih cepat terbakar atau merebak. Lagipun api bukan lawannya api sebaliknya hendaklah disimbah dengan air supaya padam. "Untuk meredakan, amalkan surah Toha ayat satu hingga enam dan baca sebanyak 
1,000 kali. Tiup kepada ubun-ubun atau mukanya sehingga kepusat sebanyak tiga kali. Insya-Allah akan lembut hatinya. Antara maksudnya, 

"Tha, Ha, (Hai manusia), tiada Kami turunkan al-Quran ini supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut (kepada Tuhan). Wahyu yang diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Tuhan yang Pemurah berkuasa di atas singgahsana. KepunyaanNya apa yang ada dilangit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di antara kedua-duanya dan apa yang ada di bawah tanah." 

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menegur sesiapa sahaja yang masih mengabaikan rumah tangga sebaliknya hanya mahu berseronok dan berserakah, hendaklah segera bertaubat. Nabi bersabda, Barang siapa yang telah melampaui 40 tahun namun kebaikannya tidak mengatasi kejahatan hendaklah dia bersiap sedia untuk masuk api neraka."