Menyimpan dan Dilindungi

Satu Pengakhiran

Antara dua, hanya satu yang perlu dijadikan sasaran. 
Tersalah pilih, musnahlah impian. 
Begitu juga dengan harapan dan masa depan. Jalan yang telah ditakdirkan inilah pilihanku, hingga akhir hayat. 
Sudah terlambat untuk menyesali semua, CEPLOS. Maaf kerna aku tak mampu merawat isi hatimu. Walaupun perkenalan kita hanya sementara, kegembiraan yang aku rasa sememangnya sukar untuk digambarkan. 
Pahit... manis... semuanya di dalam ingatan. Janganlah kau hapuskan kepingan gambar kita yang terpahat di dalam memori. 
Biarpun jasad kehilangan roh yang abadi, kita pasti akan bertemu lagi. Satu hari nanti.... Jujur hati ini berkata, senyuman yang kau loretkan kepadaku, takkan dapat dicari ganti. Mahupun dijual beli. Andaikata terjadinya malapetaka, hanya satu yang aku pinta sebagai tanda perpisahan terakhir.
 Janganlah kau ucap selamat tinggal.

 ku harap kau dapat mengerti,

 wahai CEPLOS.




Dugaan, Ujian Dan Hikmah

Burung pungguk merindukan bulan
Pantai pasir merindui deru ombak
Si Rama-rama mula keluar dari kepompongnya
Si bunga mawar di petik sebagai tanda cinta.

Namun, cengkerik setia menemani malam
Sungai masih setia mengalir di laluan yang berliku
Getah skrap sedia di toreh walau musim hujan
Pengemis jalanan masih di situ meneruskan hidupnya

Tetapi, aku ?
Aku di uji dan di duga
Tidak pernah termimpi akan aku bergini pengakhiranya
Tahun bahagia bertukar tahun 'Kematian'
Ya, Kematian rasa cinta dan sayang.

Hikmah.
Terkandung beribu hikmah disebalik tangisan 2 minggu itu.
Tangisan rindu pada kasihnya, pada cintanya.
Rasa tertipu dan di perjudikan cinta dan sayang itu.
Rasa kesal kerana memberi peluang untuk insan lain membaja harapan setinggi langit

Hana!
Kau harus bangun dan tabah akan dugaan ini.
Allah sudah mengetuk pintu hati yang telah hancur ini.
Jangan kau persiakan masa yang ada!

Malam itu, Tangisan aku adalah keranaNYA
Rintihan aku semata keranaNYA
Bangun ku adalah keranaNYA
Cinta, kasih, rinduku hanyalah padaNYA.

Sesungguhnya, Allah tidak akan pernah mempersiakan dan memungkiri janjiNYA
Indah, bahagia dan ketenangan yang ku rasa adalah dariNYA.

Tenang, kekal lah perasaan ini hingga aku bertemu si dia, Kunci yang akan membawa ku ke syurga.


In sha Allah :)