Menyimpan dan Dilindungi

Bicara Rasa- Ariff Bahran & Sarah Suhairi

Ada apa dengan cinta
Yang hanya manis pada bicara
'Tika bahagia indah semua
Sepertinya syurga milik kita
Ada apa pada cinta
Yang hanya manis pada mulanya
'Tika sempurna tidak bercela
Sepertinya esok milik kita
Sampai bila
Harus kita terus menghukum
Perasaan yang semakin mati
Biarkanlah berlalu
Biar terhapus
Agar terpadam yang hitam
Sampai bila
Harus kita terus menjauh
Terus menafikan yang dirasa
Bukakanlah hatimu
Izin kusentuh
Patrikan semula
Andainya masih ada rasa yang terbuku
Semaikanlah sepenuh jiwa agar tidak terkubur
Maafkan aku yang dulu
Maafkan aku kasihku
Benarkanlah segalanya
Sampai bila
Harus

Rasa yang tersimpan

Redupan mata dalam mengukir senyuman,
kadang ia kelihatan kelat.
kadang terasa lupa bagaimana mahu tersenyum.

kata orang, keikhlasan itu akan terpancar dari hati yang ikhlas.
sungguh aku memuji mereka yang bijak mengukir senyuman yang kelihatan ikhlas, walau dasarnya hati mereka tidak.

Ceria,
itulah aku.
mungkin kerana pengalaman hidup mengajarku untuk menjadi seorang yang CERIA.

Aku sentiasa mengikut arus dan hanya bertindak bila perlu.
Berjaga-jaga kadang menjadikan aku dibenci.

menjaga hati orang, dalam hati aku sendiri tersayat.
menjaga kebajikan orang, sedang aku tidak dihargai.
menjaga hati aku sendiri, sedang ada yang tidak senang melihat aku bahagia.

AHHH!

Manusia serba tidak kena.
Tamak dan iri hati berpisah tiada!

apa yang dimiliki, mahu dibandingkan
jika diri kekurangan, ia menggunakan kelebihan yang ada untuk menindas kekuatan emosi orang lain.

iri hatinya kamu!

kamu terlupa, nikmat syukur.
bersyukurlah apa yang ada, dan berlapang dada jika tiada.
jangan kamu sesekali menyoalkan hukum ALLAH.

kamu, kamu.
aku adalah aku.
lihat cermin sahaja sudah dapat melihat jurang antara kamu dan aku.

ada yang kamu mampu, aku tidak mampu.
dalam kemampuan kamu yang satu, aku ada 10 kemampuan lebih dari kamu.
maka, jangan mendabik dada dan buanglah perasaan iri hati kamu.

kerana hidup ini adalah sebuah perjalanan, bukan sebuah perlumbaan.
itulah sebahagia manusia yang bersyukur atas nikmat hidup sebenar-benarnya.