Menyimpan dan Dilindungi

Makin Hampir...

'Tak pernah terbayang akan menjadi seperti ini pada akhirnyaSemua waktu yang pernah kita lewati bersamanya telah hilang dan sirnaHitam Putih perluJanji kita menungguTapi kita tak mampuSeribu satu cara kita lewati ntuk dapati semua jawaban ini
Bila memang harus berpisahAku akan tetap setiaBila memang ini ujungnyaKau kan tetap ada di dalam jiwaTak bisa tuk teruskanDunia kita berbedaBila memang ini ujung nyaKau kan tetap ada di dalam jiwa
Memang tak mudah tapi ku tetap menjalani kosong nya hatibuanglah mimpi kita yang pernah terjadi tersimpan tuk jadi history
Hitam putih berlaluJanji kita menungguTapi kita tak mampuSeribu satu cara kita lewati tuk dapati semua jawaban ini '
Beberapa hari ini, lagu NYANYIAN isyana sarasvti bertajuk TETAP DALAM JIWA sentiasa bermain di dalam hati, bibir dan fikiran aku.
Mungkin tahun lepas aku suka lagu ini, dan lagu ini menjelma semula pada tahun ini. Boleh la menyanyi sambil-sambil nak hilangkan rasa gelabah semata nak cepat selesaikan urusan majlis yang bakal menjelang. Haha ! ( Aku agak kalut kalau dah serabut )
Sumpah, masa berlalu bergitu pantas! Terasa macam baru semalam aku menamatkan zaman persekolahan aku. Macam-macam dugaan yang aku dah hadap sepanjang bergelar seorang gadis bujang. Melalui semua dugaan dan ujian di alam pekerjaan, konflik demi konflik... Tangisan airmata, tangisan kegembiraan, senyum, marah, ketawa, rajuk, cinta, rindu. Ahh ! pelbagai rasa sudah aku lalui.
Dan dalam menghitung hari ini, Aku akan menempuh lagi ke fasa yang agak besar bagi aku, Iaitu alam perkahwinan. Alam yang aku tidak dapat bayangkan macam mana lah aku akan hidup dengan seorang lelaki yang bergelar SUAMI, Lelaki yang aku tidak pernah terbayang dia lah jodoh aku. Segala tiket ke syurga aku ada pada dia. 
Biarlah tempoh yang ada ini, Aku berbahagia dan sentiasa gembira bersama keluarga aku... sahabat handai aku sebagai status gadis bujang. * Nak nangis.. sob... sob... sob...
Baru duk hitung hari pun macam-macam rasa buat nak nangis, apatah lagi masa hari bersejarah aku. Ya Allah... kuatkan lah hati aku pada saat itu. tak nak nangis... walaupun tangisan itu aku tak reti nak describe macam mana.

Aku just mampu mendoakan agar apa yang kami rancang ini di permudahkan oleh ALLAH S.W.T , kerana kini segala jalan menuju ke arah membina masjid kami amat di permudahkan, Syukur Ya Allah.... Cantiknya aturanMU Ya Allah... :')

Ya Allah, kau berikanlah aku ketenangan hati, jauhilah kami semua dari segala godaan syaitan. Permudahkan lah jalan kami ini Ya Allah... Sesungguhnya, Kau adalah sebaik-baik perancang. Aku amat berterima kasih kepadaMU Ya Allah.Sungguh, cantik sungguh aturan MU *Kesat airmata, nangis juga. sob sob sob...

Sabar lah wahai HANA, Bilanglah harimu dengan senyuman manis dan doa tulus.
Selamat berpuasa kepada seluruh umat muslim dan muslimat.Jangan ponteng puasa k. 

#Puasakuyangterakhir #GadisBujang #RayaKuTerakhir #TakBalikKedahTahunIni #Countingtheday #AssalamualaikumCinta #JodohkuSuamiku #2017NewLife #Goodbye2016 #HelloMrHusband #Fortherestofmylife