Menyimpan dan Dilindungi

Dugaan, Ujian Dan Hikmah

Burung pungguk merindukan bulan
Pantai pasir merindui deru ombak
Si Rama-rama mula keluar dari kepompongnya
Si bunga mawar di petik sebagai tanda cinta.

Namun, cengkerik setia menemani malam
Sungai masih setia mengalir di laluan yang berliku
Getah skrap sedia di toreh walau musim hujan
Pengemis jalanan masih di situ meneruskan hidupnya

Tetapi, aku ?
Aku di uji dan di duga
Tidak pernah termimpi akan aku bergini pengakhiranya
Tahun bahagia bertukar tahun 'Kematian'
Ya, Kematian rasa cinta dan sayang.

Hikmah.
Terkandung beribu hikmah disebalik tangisan 2 minggu itu.
Tangisan rindu pada kasihnya, pada cintanya.
Rasa tertipu dan di perjudikan cinta dan sayang itu.
Rasa kesal kerana memberi peluang untuk insan lain membaja harapan setinggi langit

Hana!
Kau harus bangun dan tabah akan dugaan ini.
Allah sudah mengetuk pintu hati yang telah hancur ini.
Jangan kau persiakan masa yang ada!

Malam itu, Tangisan aku adalah keranaNYA
Rintihan aku semata keranaNYA
Bangun ku adalah keranaNYA
Cinta, kasih, rinduku hanyalah padaNYA.

Sesungguhnya, Allah tidak akan pernah mempersiakan dan memungkiri janjiNYA
Indah, bahagia dan ketenangan yang ku rasa adalah dariNYA.

Tenang, kekal lah perasaan ini hingga aku bertemu si dia, Kunci yang akan membawa ku ke syurga.


In sha Allah :)

No comments: