Menyimpan dan Dilindungi

Siapa kah " Dia" ? Terima Kasih

3.26 Pagi

" Adik, tutup pintu ( rumah ) tu ! Along rasa tak sedap hati. Along tak nak keluar rumah hari ini !"

Adik terpinga-pinga, persoalkan. Kenapa  ?  Kenapa ?

Aku malas berlengah, aku terus selak pintu rumah aku. Aku takutkan sesuatu, tapi aku tidak pasti apakah itu.

Aku dan adik ( Linda ) masuk ke dalam bilik. Baring atas katil, kelubung badan dengan cadar tebal. Takut. Tak mahu keluar rumah hari ini.

Baring atas katil, Aku masih takutkan akan " sesuatu " dan " sesuatu " itu sedang berdiri di tengah pintu bilik bilik. Bercahaya. Tak nampak, tapi merasa. Ya.
" sesuatu " sedang melihat ke arah kami berdua.

Adik mula merasainya, takut. Kami kelubung bersama di bawah cadar tebal itu. Niat hati nak lari ke bilik mama dan tidur bersama untuk hilangkan rasa takut. Oh, mama sedang lena bersama seekor kucing peliharaan kami. Kami lari semula ke dalam bilik. Baring. Dan....

" kau ini kenapa ?" Suara lelaki yang parau, lantang, bergema mengisi ruang bilik kami berdua, tetapi tenang. Tiba- tiba terasa " Dia " ada di belakang aku. Ya. Aku baring membelakangkan pintu bilik. Dan suara besar itu datang dari belakang aku. Badan aku kaku, suara terasa berat untuk keluar dari mulut aku. Seolah dada aku di hempap oleh sebuah batu yang besar dan berat. Aku hanya mampu menjerit dengan suara hati.

Suara itu bercakap tanpa berhenti.

" Kau ini kenapa ? Apa yang kau cari ?"
Aku sedang berusaha untuk mengerakkan tubuh aku. Hati aku bersuara " Jika suara itu adalah iblis dan syaitan, Moga Allah sedarkan aku. " aku baca Ayat kursi. Entah kenapa aku lupa ayat hujungnya. Aku terus membaca surah Qul berulang kali.

Suara itu " Surah apakah kau baca ? Kenapa kau baca surah itu ? Adakah kau mengikuti ajaran dan sunnah Rasullullah S.A.W ? Cari lah semula diri kau. "

Aku sebolehnya tidak mahu mendengar suara itu. Bagi aku, suara itu mengerunkan. Dan aku mula pasrah dan cuba tenang bila dia berkata " Ikutlah sunnah Rasullullah, Ingatlah Tuhanmu sentiasa. Walau di dalam rumah, jaga lah pakaianmu. Apa kau ingin menjadi seorang pelacur ?" Loghat hujung dia seolah bahasa yang pekat. " CUR " dia macam indonesia pekatnya.

Aku hanya mampu istighfar dengan susah payah. Sumpah, Kau tidak mampu berkata-kata walau banyak yang kau ingin perkatakan. Aku istighfar sebanyak yang mungkin. Walau tubuh badan aku masih kaku, melainkan biji mata ku sahaja bergerak memandang adik aku yang sedang lena. Aku tidak boleh bergerak!

Suara itu " Cari semula diri kau, Kalau kau rasa lemah, kalau kau mula rasa tak berdaya. Ingatlah aku. Jangan risau ! Aku akan datang lagi "

Aku mula mengerakkan tangan kanan aku, walau agak berat. Cuba kejutkan adik aku. Sambil aku membalas kata Suara itu " Kau siapa? Bantu aku untuk aku taubat nasuha. Taubat sesungguhnya "  Aku merayu pada suara itu, aku menangis. Suara aku bergetar. Suara itu membalas
" Ingat lah aku, Aku akan datang lagi "

Saat itu, kaki aku terasa seram sejuk. Terasa seperti satu tamparan halus angin di kaki aku. Suara itu sudah tiada ! Dada aku masih sakit, sesak. Aku menoleh, cuba mencari siapakah gerangan SUARA itu. SUARA yang menjelma dalam masa setengah jam aku melelapkan mata. Dalam samar, aku bangun dan petik suis lampu. Lampu seakan tidak mahu menyala. Samar, hanya bunyi mentol buzzer. Aku duduk di atas katil. Aku istighfar sambil mata aku berkeliaran memandang setiap pelosok bilik. Ah ! Lampu, cepatlah kau terbuka.

Tik !

Bilik terang, Aku lantas membangunkan adik aku. Aku masih terasa penat. Aku menceritakan apa mimpi aku 30 minit tadi. Tetapi, aku yakin.  " Suara " itu memang wujud dan bukanlah suatu mimpi. Kerana mata aku memang terbuka. Tetapi, suara aku terlalu berat untuk berkata-kata. Tubuh badan, seperti di kunci.

Adakah ini pertanda sebenar, Hidayah aku sudah tiba. Moga aku jumpa insan yang mampu membimbing aku ke jalanNya. Aku sudah merasai detik tadi. Dan aku tidak dapat membayangkan bagaimana detik kematian tiba. Mampu kah aku mengucapkan dua kalimah shahadah. Allah... :'(

Kuatkan lah hati aku, teguhkanlah iman ku. Bantu aku di kala aku masih mencari cintaMU Ya Allah. Terima Kasih , Hadirkan " Dia " untuk menasihatiku. Segalanya adalah dengan IzinMU. Alhamdulillah.... :')


P/ S : Mak kata " Risau saka, Kalau jin islam. Kita baca ayat suci. Dia takkan lari. Jin kafir, Baca ayat kursi. Dia tak senag duduk "

No comments: