Menyimpan dan Dilindungi

Menghitung Detik - Part 1

Petang itu, Dia telah menerima sebuah keputusan yang memeranjatkan.
Masa terasa seakan terhenti.
Dunia berhenti berputar seketika
Otak tidak dapat di cerna bait² surat itu
Antara gelisah, Kusut, sayang dan takut.
Semua itu bagaikan menu masakan.
Masakan yang penuh dengan pelbagai bahan demi 1 rasa.
Kaki longlai melangkah keluar dari bangunan putih itu.
Dia seakan robot yang tidak di akses sebarang maklumat lagi. Masih bayi.
Kosong. Kosong. Kosong
Dia mengukirkan senyuman paling manis, masih berjenaka seperti biasa demi menutup sebuah kekusutan di hatinya.
Dia sayangkan keluarga dan kekasih yang menerima sikapnya.
Suatu malam, Batuk kuat menyerang.
Hingga menyebabkan muntah meledak keluar dari isi perut dia. 
Perut seakan di pam oleh paip besar, tidak memberi peluang dia untuk bernafas sesaat.
Bluerkk ! Bluerkk!
Selang 2 jam, itu lah rutinnya setiap pagi.
Demam menyerang seluruh anggota dia.
Perut pedih menusuk.
Dia redha, Tetapi dia inginkan sekelumit kebahagiaan.
Kebahagiaan bersama kekasihnya yang di cintai di dalam diam.
Masa demi masa, hari berganti hari, bulan berganti bulan.
Setelah sekian lama, masa yang pantas berlalu. Terasa ingin di hentikan masa itu.
Pagi subuh, Sering dia di sapa oleh rambutnya.
Dia mengutip helaian demi helaian rambutnya yang berselerak.
Di bantal tidur, lantai, katil. Bertebangan.
Oh. Rambut dia rupanya.
Di kumpul rambutnya
Sedikit demi sedikit.
Di sembunyikan rambut itu di suatu tempat.
Saban hari, itu lah rutinnya.
Semakin hari, rambut itu seakan boleh di jadikan menjahit sepasang busana raya.
Di suatu petang.
Dia lelah pulang dari lubuk rezeki dia.
Tudung di buka, Di gantung.
Di bukanya ikatan rambutnya.
Kira², lebih dah 50 helai rambutnya cantik melekap pada getah ikatan rambut dia.
Panjang, cantik gugurnya.
Sayangnya, Kenapa bergitu.
Semakin hari , semakin dekat ajal itu
Semakin galak rambutnya menjadi tamu tidak kira masa.
Di elusnya rambut dia.
Terasa sedikit, dan kurang lebatnya.
Sambil tersenyum, dia berkata
" Allah sayang aku, Syurga tidak murah. Harus aku kuatkan iman ku keranaMU yYa Allah "
Detik kian berlalu.
Dia tidak sabar menghitung hari terakhirnya.
Hari dia mengakhiri segala perit, suka dan duka.
Sabar lah wahai hati..
Sabarlah wahai Januari, Nanti kan dia .
Dia hanya perlukan sekelumit bahagia.
Bahagiakan lah dia.
Hayatilah ini :-
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

No comments: