Menyimpan dan Dilindungi

Rindu Dan Penantian

4.49 Pagi
Taman Maluri, Cheras

Assalamualaikum...

Rindu.
Saban hari, lenaku di datangi seorang lelaki. Ya, Lelaki yang ku kira kenal tetapi tidak ku kenal sama sekali.
Kali ini aku tidak dapat melelapkan mata.
Rindu ini kuat  untuk bertemunya lagi di alam mimpi.
Ah ! Rindu ini sakit bila merindui insan yang entah di mana di kini, namanya apa?
Mungkin kerana " Dia " memberikan kehidupan yang indah kepada ku di alam mimpi. Ya, indah. Bahagia walau ada duka

Penantian, suatu penyiksaan.
Tatkala hati ini di biar kosong,
Penantian itu sering menjerit di sudut hati
" Sabar menanti! Sebuah bahagia bakal menjelma ! Bersedialah kau Hana !"
Aku tersenyum dan aura itu buat hati ku berbunga-bunga seperti bunga kesukaanku.

Apa aku menanti?
Menanti sebuah bahagia,
Menanti aku akan pergi dengan selautan keimanan dan bersedia mengadap Yang Maha Esa di sana.

Dan, Ya !
Penantian si " dia ", Pencuri hati dalam diam.

Buat awak si Pencuri Hati yang sering menjadi pari-pari cinta dalam mimpi saya, seorang pari-pari mimpi ini. Saya berharap awak akan munculkan diri. Kerana, Saya telah sediakan tempat kosong di dalam ruang hati saya untuk awak.

Maaf, Buat tika ini hati saya dalam renovation terakhir.
Saya tak mahu awak melihat hati saya berselirat dengan wayar kedukaan serta airmata kelukaan.

Hati baru untuk awak saya serahkan, demi mencipta kebahagiaan yang baru bersama awak wahai si Pencuri Hati.

In sha Allah... moga kita mempunyai matlamat yang sama.

Iaitu...

CINTA DAN KASIH KERANA ALLAH S.W.T, HIDUP MATI KITA ADALAH KERANA SYURGA YANG TELAH DI JANJIKAN OLEH YANG MAHA BERKUASA.

In sha Allah....



Aku akan sentiasa merindui mu dalam penantianku ini.

Assalamualaikum, Pencuri Hati😊

No comments: