Menyimpan dan Dilindungi

UNCONSCIOUS


Aku berkeliaran di sesuatu tempat, tetapi aku sendiri tidak pasti apa yang aku lakukan di sini ?
kebingungan dan fikiran ku terasa kosong. Diri aku sendiri pun tidak juga aku tahu. Siapa aku ?
Mata aku berkeliaran lagi melihat keanehan manusia-manusia yang kebingungan seperti aku. aku melangkahkan kaki untuk pergi ke destinasi yang aku sendiri tidak tahu. Bagaikan ada satu cahaya terang hingga menyakitkan kepala aku,

ZAPPP !


Aku berada di sebuah pejabat yang sedang sibuk membuat tugasan masing-masing, aku menarik nafas cungap kerana tiba lewat ke tempat kerja, Bos besar panggil aku dan menyerahkan sampul surat. Aku diberhentikan kerja rupanya. kecewa membelenggu diri, aku keluar dari pejabat dan beriringan dengan seorang lelaki yang wajahnya sepertiku kenal, tapi dimana ya ?

ZAPPP! cahaya itu tiba lagi

Aku kebingungan, apa yang sedang melanda pada diri aku ini, adakah aku seorang atau semua orang di dunia ini mengalami nasib yang sama ? Aku menuju ke sebuah restoran makanan segera. Ramai sungguh orang di dalam restoran itu, aku beratur mengikut gilirn. di sebelah aku ada seorang gadis india juga sedang memesan makanan kepada pelayan di kaunter. aku mengecilkan mata sambil memastikan siapa dia ? spontan bibir aku membuahkan sebuah nama " Nanthini ?" Dia juga turut memandang aku sambil menjungkitkan keningnya.

Tiba-tiba ada seorang lagi gadis india di belakang, dia menepuk bahu Nanthini, tetapi aneh, Nanthini seperti tidak mengenali kawannya sendiri. Otak aku ketika ini terasa bagai ada sesuatu yang menyucuk setiap urat saraf dan rasanya seperti mahu pecah segala isi otak. aku menarik nafas panjang dan lepaskan dengan perlahan untuk meredakan kesakitan.

" Nanthini, dia Nabisha. kawan you. You tak ingat ke ? Kawan baik okay !" aku terus menarik bahu Nanthini. Nabisha disisi aku kebingungan kerana Nanthini tidak mengenalinya, tetapi Nabisha juga gayanya seperti tidak mengenali aku. Ah! apa sudah jadi ini ? Aku bingung !


Nanthini terus menarik lengan aku dan Nabisha keluar dari restoran itu. Luar restoran Nanthini terus melepaskan tangan aku dan Nabisha.

"Lihat !" Aku dan Nabisha melongo, seperti kanak-kanak kecil yang baru pertama kali melihat permainan baru yang ajaib. Allah! Apa yang sedang berlaku ini ? aku memegang kepala yang semakin nyeri rasanya.

Aku melihat setiap orang dan sekumpulan orang berjalan alam kebingungan diiringi oleh beberapa orang lelaki dan perempuan yang memakai pakaian segaram  berwarna biru, berkaca mata 3D. wajah mereka kaku dengan pelbagai mimik muka, hanya kaku, seperti robot lagaknya. Mereka berjalan terus sambil memastikan manusia lain seperti aku ini hanya mengikut mereka ke sesuatu tempat yang mereka arahkan sahaja.

" UNCONSCIOUS !" Nanthini separuh menjerit menarik semula fikiran aku dan Nabisha ke dunia nyata.
" What ?! " Aku meminta penjelasan.
" Hana, nama you hana. Dan i kenal you dan Nabisha adalah kawan i, Tapi, You kena faham. ini semua adalah unconscious! luar sedar , tanpa sedar. wake up ! " aku mengerutkan dahi dan nabisha memegang kepalanya, wajahnya resah.

Nanthini terus menarik tangan aku dan nabisha kali ini memasuki sebuah bangunan yang mungkin selamat dari orang berpakaian kostum tadi. tercungap-cungap berlari.

" Now, I nak you hana pejam mata you dan bernafas dengan tenang. pusatkan fikiran you pada satu titik hitam. You akan dapat jawapan apa yang berlaku pada you kali terakhir " Bila you buka mata nanti, semua akan kembali kepada asal . percayalah " Nanthini mengenggam erat tangan aku. Boleh percayakah semua ini adalah dunia luar sedar ? Aku harus beranikan diri juga, tidak sangguo rasanya hidup di dalam dunia penuh tanda tanya dan kekeliruan di sana sini. Nabisha juga turut mengikut arahan Nanthini.

Pejamkan mata, gelap. fokuskan pada satu titik hitam. kosong... kosong... dan...

                                                               ************

"Jangan berlari semua ! bergerak perlahan-lahan ! jika semua orang berlari, bangunan ini akan runtuh ! " Aku menjerit untuk memberikan pesanan kepada semua orang di dalam bangunan KLCC yang tiba-tiba kecoh apabila ad cermin yang pecah dan merosakkan beberapa tingkat atas yang lain. Niat aku membawa adik dan mama membeli belah di KLCC hari itu berakhir dengan tragedi yang tiada siapa sangka.


Airmata aku mengalir laju. kaki aku masih kaku di atas lantai kaca yang seperti retak seribu, aku memang mama yang tidak jauh dari ku sedang terduduk kaku mengesat airmata, mulutnya terkumat kamit mendoakan sesuatu. Adik aku berada di hadapan pintu sebuah gedung pakaian berjenama MANGObersama beberapa orang mangsa yang lain. hanya berdiri kakukan badan.

Tiba-tiba, kami semua yang sedang menenangkan diri masing-masing terkejut dan panik apabila kami terdengar ada sesuatu yang berat sedang menghempap bangunan KLCC dari atas dan suasana terus bertukar kecoh dan huru hara apabila semua orang kehilangan arah. barlari kesana sini untuk menyelamatkan diri, Pintu keluar terasa bagaikan ditutup oleh sesuatu, kacau bilau, lanrai makin retak dan pecah. Allah,.. Selamatkanlah kami semua...

Airmata aku bercucuran, mama dan adik aku hilang dari pandangan, Sambil aku gagahkan diri untuk berdiri dari ditolak dan dipijak oleh manusia yang sedang selamatkan diri masing-masing aku mencari kelibat dua orang ini sahaja. nyawaku.


" MAMAAAA ! ADIKK ! SINIII ! " aku memanggil dengan sekuat hati. Aku tahu, bangunan KLCC pencangkar langit ini akan rebah mencium bumi juga dalam seketika nanti, Mama dan adik berlari ke arah aku. kami bertiga berpelukan, dan saat ini aku rasakan lantai tempat kami berpijak sedang semakin retak dan akan pecah apabila tingkat kami adalah tingkat terakhir akan dihempat oleh batu-batuan, kaca, besi dari atas.


Bangunan KLCC bergoncang hebat, terasa bagaikan bangunan ini sedang terbalik dan pecah satu persatu. BAMMMMMMM !



HUFF! HUFFF ! HUFFFF!

Aku menarik nafas cungap, takut dengan apa yang menimpa aku dan ahli keluarga yang aku sayangi. Airmata tidak berhenti mengalir. aku melihat sekeliling. mata aku butang memastikan di mana tempat aku sedang bersila sekarang ini.

Nanthini tersenyum memandang aku dan Nabisha,

" Sudah dapat ? " Nanthini tersenyum sambil membetulkan cermin matanya

Aku berdiri da membersihkan kotoran rumput yang melekat di si luar aku, Aku dan nabisha berdiri. kami berada di padang nun hijau. Aku melihat pasangan yang sedang berpeluk berpimpin tangan sambil ketawa bahagia . Entahkan halal atau tidak mereka berpegangan tangan. Aku htersenyum geli hati apabila terlihat pasangan suami isteri yang sedang melayani empat orang anak mereka bermain bubble monster.


Aku menarik nafas lega, kerana dua bangunan KLCC masih utuh di tempatnya. tidak hancur bagaikan debu sepeti apa yang aku alami tadi. Kami bertiga berjalan berpimpin tangan sambil tersenyum usai sahaja membaca papan sejarah di sudut padang KLCC itu.


" HANA, NANTHINI, NABISHA. TIGA SEKAWAN PENYELAMAT RUNTUHAN KLCC TAHUN 2017 DARI REMPUHAN SEBUAH HELIKOPTER YANG MENGALAMI MASALAH TENIKAL SEMASA PENERBANGAN MEMBAWA PENUMPANG ASING UNTUK MELIHAT BANDARAYA KUALA LUMPUR PADA KETIKA ITU, MEREKA TELAH MENGORBANKAN DIRI MEREKA DENGAN MELAKUKAN SESUATU APA YANG TIDAK MAMPU MANUSIA YANG LAIN MELAKUKANNYA, HINGGA KINI, TIADA SIAPA YANG TAHU BAGAIMANA HELIPKOTER ITU HANYA MENJEJASKAN SEBAHAGIAN SAHAJA STRUKTUR BANGUNAN DI TINGKAT 72 SEDANGKAN MENGIKUT KAJIAN, KESAN HEMPASAN BOLEH MERUNTUHKAN SEBUAH BANGUNAN KLCC INI . SEMOGA ROH MEREKA DICUCURI RAHMAT- TAHUN 3045"

No comments: