Menyimpan dan Dilindungi

Sharifah Perkasa- Akhir


      " Kalau aku potong kepala kau, sakit tak ?" Aku sengaja lontar soalan mengerunkan itu kepada Dia. Kerana boleh di katakan separuh dari anggota badannya aku berjaya memotong menjadi ketulan daging, tetapi dia masih bernyawa. Kali ini langkah terakhir aku adalah dengan memenggal kepalanya menggunakan gergaji , Berdesir-desir bunyi darah menyembur dari leher Dia. aku menekan kuat gergaji eletrik itu tanpa menghiraukan wajah Dia yang menakutkan. Matanya terbeliak dengan mulut ternganga luas kesan dari getaran gergaji yang sedang memutuskan kepalanya dari jasad.

      Sekarang, mana aku nak seembunyikan mayat ini ? kepala Dia ni aku kena letak berasingan dari potongan anggota badannya. ku memegang kepalanya yang telah putus dari jasadnya, aku letakkan di dalam plastik sampah nerwarna hitam. Aku dan Lin menanamnya di belakang rumah yang bertanah.


       " Along, adik ! cepat masuk bersiap. Abah nak pergi kerja ni . Ikut abah sarapan dekat mamak dulu " Dengar suara abah aku memanggil dari dalam rumah. Lega kerana masa ini aku dan adik aku selesai menanam bukti kekejaman tanpa rela tadi.


       Aku dan adik aku menunggang motorsikal berasingan.  Selepas usai sarapan biasanya kami akan berpecah. Aku memyuruh abah aku untuk berlalu ke restoran mamak terlebih dahulu, makakala aku akan menyusul dari belakang, Baru nak pulas minyak motor, adik aku mencuti bahu kanan aku sabil tangannya menunjuk ke arah pintu rumah yang terbuka, cuma pagar pintu sahaja yang berkunci.

     " Dia masih hidup ?! " Hati aku berdetak laju. Ah, sudah !  tak sampai 15 minit takkan Dia boleh keluar dari tanah berdiri di pintu dari dalam rumah ? bukan ke tadi aku dah potong hancur anggota badan Dia ? . Dia hanya berdiri dengan keadaan yang kurang stabil kerana pergelangan kaki sebelahnya tiada, seperti kesan aku memotongnya setengah jam yang lalu. kedua belah tanga hingga paras bahu tiada, matanya lebam tapi seolah tiada biji maa menyeringai senyum ke arah aku dan adik aku. Apa sudah jadi ini ?


     Aku tak menoleh ke belakang, aku terus memulas minyak motor skuter aku untuk samapi ke destinasi. sepanjang perjalanan. aku tawakal supaya tak terjadi sebarang kemalangan dengan keadaan aku yang kelam kelibut menunggang motorsikal. adik aku yang membinceng di belakang hanya menyuruh ku cepat, Lagi aku pulas minyak, lagi aku rasa Dia hanya di belakang aku sambil mengilai-ngilai.

      Alhamdulillah, sampai di restoran mamak, kami terus mencari susuk tubuh abah aku. lega, abah aku sedang menikmati sarapannya, kami atur nafas dan langkah supaya tingkah laku aneh kami tiak di kesan ramai orang yang sedang menjamu selera, Baru hendak melabuhkan punggung di kerusi...

      Tiba-tiba suasana restorang menjadi kecoh, orang bertempiaran melarikan diri. kerusi, meja makan semua tonggeng uterbalik akibar di rempuh orang yang berlari ke sana ke sini. Abah aku suruh kami berlari menyelamatkan diri dan hanya akan berjumpa semula di rumah. Aku dan adik berlari nak menuju ke arah motorsikal kami yang di parkir di hadapan restoran. kaki kami terkaku berdiri di depan restoran apabila melihat seorang perempuan terapung di awangan jarak dari 10 kaki dari kami. Kain berjela-jela bertebangan, angin kuat tak boleh nak kata.


      " Siapa kau ?! kenapa kau ganggu kami ?! " Dia hanya mengilai dan menjawab dengan suara yang mengerunkan. Dari pelahan hinggalah suaranya berukar menjadi semakin kuat hingga aku rasa nak oecah gegendang telinga aku. Tapi, di ulangnya hanyalah perkataan yang sama,

       " AKULAH SNARIFAH PERKASAA,,, SHARIFAH PERKASAAAA...! SHARIFAHHHH PERKASAAA,,, !!! " Tiga kali Dia perkenalkan diri, dia mengilai tanpa henti. Gilalah jika aku masih nak menunggu lagi di sini, aku terus menaiktangan adik aku menuju kearah motorsikat kami. Aku hidupkan enjin, terus memecut motorsikal dengan kelajuan maksima. aku bingung, Sharifah Perkasa ini orng yang aku bunuh itu ke ? kenapa dia mencari aku pula sekarang ? ahhh ! bingung !

        Disebabkan aku merasa pulang ke rumah bukan jalan yang betul dan selamat, aku membuat keputusan untuk ke tumah ibu saudara aku yang berada di perak. Aku mendail nombor telefon ibu saudara aku untuk meminyta pertolongan.

        ' Assalamualaikum, ibu, ini Along. Along perlukan pertolongan ibu. Tolong mencari sesiapa saja yang berada di kampung itu untuk membantu Along menghapuskan syaitan yang namakan dirinya Shariah Perkasa. ia mengganggu Along dan adik. Along akan sampai dalam dua jam setengah daripada sekarang. " sekuat hati aku bercakap sebab risau ibu tak dapat mendengar suara aku dengan jelas akibat bunyi angin yang kuat diselangi bunyi rnjin mottorsikal aku yang laju menempuh arus.

        " Waalaikumsalam, baiklah. ibu akan bantu. Hati-hati bawa motor tu, banyakkan baca ayat suci " Ibu menamatkan panggilan dan terus berlalu menuju ke ruang tamu untuk memaklumkan kepada anak terunanya berkenaan hal tadi.


                                                             
                                                                   *****************

        Adib seperti mabuk cinta dan nafsunya teransang apabila dia dapat memiliki gadis secantik ini untuk menjadi kekasihnya. Adib adalah anak ibu saudara aku, adib bergelak ketawa dengan gadis cantik itu. Berjalan beriringan dengan gadis cantik itu lagak seperti pengantin baru, Yang si gadis pula, membuat aksi mengoda dengan melentokkan kepalanya di bahu adib menuju ke sofa ruang tamu. Mana-mana lelaki pun pasti akan cemburu kerana adib memiliki gadis yang berkulit putih kemerahan, rambut ikal mayang keperangan. bertubuh ramping dan seksi.



       Ibu adik tergamam apabila sampai di ruang tamu, ibu melihat adib rakus memeluk gadis cantik itu. tercengang ibu melihat pakaian yang terlalu menjolok mata, Dengan hanya memakai dress pendek berwarna merah tidak berlengan, hanya labuh hingga paras pangkal peha sahaja. meembuatkan hati ibu mengelak. Berani sungguh adik melakukan maksia di rumahnya, Ibu berdhem dua tiga kali. meraka terkejut.


        " Oh, ibu, maaf ibu, Adib tak perasan ibu ada " adib membetulkan kedudukannya. Mungkin sedar akan sikapnya tadi, adib terus berdiri, Gadis cantik itu juga turut berdiri sambil mengulum senyuman, Tak tahu malukah gadis ini?

         " Kamu siapa ?" soal ibu sambil memandang tepat arah gadis itu.
         " Dia teman wanita adib ibu " Adik menjawab.
         " Siapa nama kamu ? ? Tanya orang lain, orang lain yang menjawab. ibu merengus di dalam hati .

          " Sharifah Perkasa, ibuuu " Gadis itu menyalami dan mencium pipi ibu sambil membisikkan namanya. Ibu terpana, perasaanya bercampur baur. Sharifah Perkasa ? Dia kan..... Allah !

            Sharifah perkasa menjelma menjadi gadis cantik, Dia tiba awal sebelum aku dan adik aku tiba, Sharifah perkasa hanya tergelak halus sambil menjeling tajam ke arah ibu. Dia merapati Adib, dengan selamba dia merangkul tubuh Adib dan seperti membisikkan sesuatu. Adib seperti pak turut, memimpin tangan Sharifah perkasa menuju ke bilik tidur.


                 Ibu terduduk di sofa, kelu, fikiranya kosong...



-TAMAT -

   







No comments: