Menyimpan dan Dilindungi

Sharifah Perkasa- Part 1

    Suasana dalam rumah sewa yang suram hanya berbekalkan satu lampu dapur sudah cukup mengambarkan apa yang telah terjadi kepada penyewa sebelum aku. Sebelum ini aku hanya mendengar khabar angin mengatakan setiap malam pasti penyewa akan diganggu oleh 'sesuatu' dengan tangisan dan hilaian tawa. 

   Aku mesti cuba hapuskan 'sesuatu' yang membelenggu ketakutan kepada penyewa-penyewa sebelumnya dan selepasnya. Selesai mengemas pakaian di dalam bilik yang sememangnya sudah lengkap dengan perabotnya, aku dengan lin adik aku bersantai di ruang tamu. Niat hati nak melepaskan penat yang masih bersisa, terganggu pula dengan pinggan mangkuk yang tiba-tiba jatuh dari rak dapur. 

PRANGGG! PRANGGG! PRANGGGG! 

   Berlari juga lah aku menuju ke dapur diiringi adik aku yang mula cemas, tapi adik aku hanya mengunci mulutnya. Hanya matanya saja meliar ke seluruh pelusuk rumah. Aku terus mencapai pisau pemotong roti, hanya itu sahaja yang ada atas sinki.

  Sedang ralit membersihkan serpihan pinggan kaca yang pecah berderai tadi, masa ini lah perabot di dalam rumah bergerak sendiri. Hati aku membara, sebab 'benda' ini seolah-olah nak menakutkan aku yang baru hari pertama jejak masuk ke rumah ini. Aku laju melangkah ke ruang tamu sambil menggenggam erat pisau pemotong roti tadi.

    ALLAH ! terkedu sekejap bila aku melihat, seorang perempuan anggaran umur 17 an melekat di pujuru rumah dengan matanya yang hitam lebam. Dia menyeringai, sekejap mengilai dan sebentar bercampur tangis. aku sendiri pun keliru. 

   Mungkin masa darah aku mendidih ini lah aku punya keberanian melepasi ketakutan aku. Bukan main berani aku menghala ke 'Dia'. Dengan bacaan ayat Kursi, dia rebah.

    " Adik, ambil tali dekat dalam bilik ! cepat !" Ya, aku berjaya rebahkan. Walau macam kelam kabut, akhirnya berjaya juga aku dan adik aku mengikat kaki dan tangan dia. Senang nak ikat sebabnya 'Dia yang tadi rupa menakutkan telah bertukar menjadi seorang gadis yang cantik. , rambut terurai keperangan.

     Aku dan adik baringkan dia di halaman rumah, dia menangis dan merayu rayu pada aku. 

   " Bunuhlah aku... bunuhlah aku..." Dia merayu-rayu. aku sendiri pun tidak tahu kenapa aku mesti bunuh dia ? kerja gila !

   " Siapa kau ? kenapa aku mesti bunuh kau ? kenapa kau kacau semua penyewa di dalam rumah ini ?" Aku beranikan diri aku untuk tanya soalan maut itu. Dia hanya mengeleng-geleng, seram sejuk juga bila sekejap rupa dia bertukar jadi kebiruan lebam dan bertukar ke wajah asal. 

    Aku istighfar sajalah bila aku mula nak memotong salah satu bahagian tubuh badannya yang pertama. Kalau guna pisau pemotong roti ini, belum tentu lut. aku tinggalkan sebentar adik aku bersama dia. Aku kembali bersama-sama gergaji eletrik di tangan aku. Nasib baik jugalah sebab ayah aku suka bertukang. Sementara ayah aku pun masih lena keletihan dalam bilik itu. aku kena habiskan kerja aku secepat yang mungkin.

    Menggigil juga lah tangan aku nak buat kerja gila ini. biasa tetak ayam kali ini nak tetak orang bukan kerja mudah.  Aku mulakan dengan pergelangan kaki, aku risau di cuba larikkan diri. ya, aku on kan suis gergaji eletrik. Aku sumbatkan kain di dalam mulut dia elakkan suara dia didengar jirang tertangga. aku mulakan...

    Dua pergelangkan kaki berjaya aku putusakan... Tangan aku potong tiga bahagian, susahnya nak putuskan bahagian badan sebab tulang manusia yang agak keras. Punya la kelam kabut sekejap bila dia cuba membuka ikatan tangan dia, aksi spontan aku terus memotong tangannya dengan rakus. bersembur-sembur darah merah mengenai sebahagian pakaian aku dan adik aku. dia menjerit tanpa henti.,manakala adik aku yang tergamam ketakutan mungkin. Liat sungguh nyawa perempuan ini, basah pakaian aku dengan peluh sendiri. 

      " Kenapalah kau memilih untuk mati ?" aku merengus .
      " Bunuh saja aku ! " sambil menangis 



bersambung....
     




No comments: