Menyimpan dan Dilindungi

Penat Seorang Pari-pari Mimpi.

Mimpi itu muncul lagi
Semakin hari, semakin rancak 
Semakin mahu melawan, semakin ia kembali
Kembali melayarkan pentas cerita di alam mimpi. 
Kisah yang berulang-ulang, ada juga yang sambung di waktu dan hari yang berbeza. 
Orang kata, bak drama petang-petang seronok di layan sambil perkena teh o panas.
Tidak bagi aku seorang pemimpi,
Mimpi yang selalu dikunjungi watak yang aku kenal di dunia nyata. ada juga tidak pernah ku kenal seakan kenal di alam mimpi. 

Tetapi, mimpi yang saban hari menganggu lena aku ini semakin merimaskan aku. 
Lama sudah aku meninggalkan untuk tafsir segala episod mimpi yang aku alami. 
Hampir segala episod mimpi yang sering menceroboh waktu lena aku, aku hiraukan. Malas ambil tahu makna tersirat. 


Tapi...
Huh! Mimpi kali ini menyesakkan!
Kenapa dan ada apa insan ini sering muncul di alam mimpi aku?  
Penat terasa bila terjaga secara mengejut jam 2 pagi, 3 pagi, 4 pagi, 5 pagi... 
Bila aku mahu tidur lena tanpa sebarang mimpi?

Dahulu, aku sering penat memikirkan permasalah orang lain. 
Hingga masalah sendiri, aku hadap seorang diri. Pendam dan menjadi pendendam, perengus dan benci sesuatu bernama Cinta. 

Kali ini, mimpi ini menyesakkan kepala otak aku dengan hadirnya setiap episod mimpi yang merapu raban. 

Aku cuba faham tafsirannya, tetapi aku sering di berikan sebaris ayat ini " Jangan obses sangat, mimpi itu mainan tidur " 


Ya, aku bukanlah sesiapa yang hebat mentafsir mimpi. 
Tapi, apa mahu buat jika itu yang tuhan berikan Kepada aku? 
Aku pendosa, tetapi layakkah aku hingga boleh mentafsir mimpi?  Aku pun kutuk diri aku sendiri. 
Tapi, aku bersyukur...
Sekurang kurangnya, Allah berikan kelebihan ini supaya aku sentiasa lebih berjaga-jaga. 


Cuma...
Mimpi kali ini, paling aku benci. 
Insan ini kerap muncul di alam mimpi aku. 
Susahkah dia?  Bahagiakah dia?  Baik-baik sajakah dia?  


Sekali lagi? 
Aku menyusahkan diri memikirkan hal orang yang tiada kaitan dengan hidup aku. 

Semoga malam ini, aku dapat tidur yang lena tanpa sebarang mimpi. 
Aku cemburu pada mereka yang tidurnya tiada sebarang mimpi. 
Tidak seperti aku, lelap lima pun mimpi datang hingga boleh siap sebuah cerpen jika dikarang. 😂


Buat insan itu, walau dimana kau berada dan apa sahaja kehidupan yang kau lalui. 

Aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. Cuma, doakan aku juga dan janganlah kau muncul di dalam mimpi aku lagi. Maaf, Aku suka bermimpi yang indah-indah. Tetapi, aku terlalu penat menjadi seorang pari-pari mimpi yang berdosa jika kau yang sering muncul di alam mimpi aku. 


Tutup salam


No comments: