Menyimpan dan Dilindungi

Kahwin kerana apa ?

Tertarik dengan dua thread Twitter yang telah mendapat banyak RT, Like dan pelbagai komen. Aku sokong dengan apa depa tweet tu. ada positif, ada negatif. Baca dan hadamkan.

Credit Twitter :  


THREAD 1 :

Aku baru lepas hantar passenger perempuan cina, dia cakap, nanti kahwin jangan rush buat baby, planning betul betul. At least after 3 years.enjoy your marriage katanya. Financial kena kukuh sebab memang banyak pakai duit. Bila duit tak cukup, semua benda tak kena.

Perempuan punya hormon time pregnant ni lain macam, dah beranak hormon lain pulak datang. So as husband, key dia kena sabar. Sebab husband is everything. Tempat dia marah, tempat dia meroyan, so dia suruh aku banyak bersabar. Semua tu sebab hormon. Dia dapat depression teruk sampai nak bercerai, tapi husband dia sabar je sampai now dia dah okay.

Selain sabar, financial kena strong juga. Bila baby keluar, duit nak pakai banyak, bila duit tak cukup, memang stress sebab apa apa pun baby kena utamakan dulu baru yang lain. Katanya lagi, kalau dah beranak, dia suruh wife duduk dgn mak dia sendiri, jangan dgn mertua. Sebab kalau dia meroyan, mak dia boleh handle. Kalau dengan mertua payah, akan ada benda serba tak kena, sebab dia bukan kenal mak kita sangat sebab baru kahwin kan. Tunggu la lama sikit. Bab pantang, katanya elok la dgr nasihat orang tua, segala info FB or any social media tu jangan ikut sangat. Orang tua lagi tahu bab ni.

Katanya, bila ada anak, kena gilir gilir jaga. Jangan harapkan wife je. Dia dah tanggung sakit lahirkan anak, takkan kerja rumah nak berkira?

And dia cakap, "treat your wife good and you will be happy, kalau you boleh buat your wife happy, your wife akan sayang you je"

Aku tanya dia, "habis kalau wife treat kita tak good mcm mana?" Dia cakap "if you treat dia baik, how come dia treat you tak baik?" Aku diam.

Sebelum dia tutup pintu, dia sempat lagi pesan. "Remember, happy wife, happy life" hahahahaahaha. Power juga dia cakap BM, and cina pun betul betul ambilk berat tang pantang. Ingat melayu je. Oh btw dia anak sorang, 1 tahun, umur 35. Puncanya sebab dia tanya "you dah kahwin?" Aku jawab soon. Terus aku kene tarbiah. Tapi.. berguna juga la tips dia bagi. "

___________________________________________________________________________________

THREAD 2 :

Credit Twitter : 

" Selalu bila aku lepak makan malam kat kedai melayu sini area meru, mesti akan ada datang family untum dinner. macam hari ni, ada satu family datang. mak pak, anak 5. paling tua around 7-8 tahun. paling muda adalah bayi. bapak duduk selamba main henpon sembil pegang power bank. mak pulak duk dukung anak, pegang sweater baby tu, sambil anak2 lain ada keliling. bapak nampak kemas dan energetic. muka ada tenaga. pakai baju pun okay lah. mak pulak muka letih gila. baju macam nak masuk tido. sampai ke sudah si mak la yang duk handle 5 anak tu. si bapak rilek lagi main phone. aku kesian tengok si mak tu. muka letih gila. duk menjaga melayan anak kat kedai ni. ko cuba bayangkan macam mana di rumah? and mak dia actually decent looking. tapi now nampak macam tak terurus penampilan. ye lah macam nak pi tido punya dress. sedih. and also, that family look like a not so doing well. order nasi goreng kosong, nasi putih, sup tulang dan telur goreng. share 6 orang. thaat begs the question. why melayu selalu ada ramai gila anak whilst sedia ada pun most probably susah nak financialize. maybe it has to do with 'anak itu rezeki tuhan'? i dont know.
but sharing 1 standard bowl of sup tulang with 6 people is not good. back to the mum. she must have her dreams. she must have her wishes. she must havr dreamt a lot about herself. i can tell, sebab tadi ada iklan nona. si mak watched and she look alive and joy. habis iklan- back to the fatigue and sad face. and no wonder why janda selalunya cantik and transform habis. bukan sebab gatal nak cari laki lain. tapi sebab she has all the time-money-effort to put on herself. ada masa untuk workout. ada masa untuk mekap. ada duit untuk berhias. annnnnnddd si anak sulung tadi nak tambah nasi. pak dia layan x layan ja. si mak offer nasi goreng dia kat anak tu. separuh. kasih ibu. sanggup berlapar untuk anak. "



Thread tamat.
___________________________________________________________________________________

Myself reminder : Jangan kahwin atau ada anak kalau belum sedia nak pikul tanggungjawab sebagai parents & jika belum mampu urus kewangan dengan baik. Buat yang merancang untuk memiliki zuriat, tetapi tidak dikurniakan zuriat. sangka baik dengan ALLAH. Allah lebih tahu, maybe kau dan pasangan kau belum sedia jadi parents yang baik untuk anak-anak kau. Kerana itu, Allah tidak berikan kau zuriat lagi. Jangan ikut kata orang, sebab yang menanggungnya adalah kau dan pasangan kau. Itu pun kalau kau dapat pasangan yang bertanggungjawab, jaga nafkah anak-anak, sediakan tempat tinggal dan ilmu agama yang cukup untuk kau dan bakal anak-anak kau.

Yang dalam proses memiliki cahaya mata atau telah memiliki cahaya mata. Hargailah amanah yang Allah berikan. terutama sekali kaum suami ya... Kalau kau rajin, pergilah check status perceraian yang sentiasa meningkat hari demi hari. alasan perceraian biasanya remeh, tetapi yang remeh itulah yang patutnya diambil berat. Pokok pangkalnya, baik ketua keluarga, baiklah pasangan dan anak-anaknya terdidik.


Status janda di zaman moden ini bukan sesuatu yang memalukan, untuk apa menderita kerana takutkan kepada gelaran " JANDA " . Aku tidak galakkan perceraian apatah lagi menyokong. Cuma, kau sebagai wanita atau isteri, jangan jadi buta ilmu berkaitan hak kau sebagai isteri. Ada kes, suami sendiri merogol anak kandung. Dengan alasan takut, sayang atau malu. kau membiarkan anak kandung kau menjadi mangsa rogol suami kau yang mana, bapa kandung kepada anak kau sendiri. Kau masih nak duduk diam ?

Kahwinlah kerana agama, bukan nafsu bukan cinta... It's related men who knows their deen should know their responsibilities. Itulah moral story, kisah orang kita buatkan sebagai pengajaran dan tauladan.

No comments: